Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jumat, 11 Februari 2011

PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Suami isteri itu hidup
tenteram mula-mula.
Meskipun melarat, mereka
taat kepada perintah Tuhan.
Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami
adalah seorang yang alim
yang taqwa dan tawakkal.
Tetapi sudah beberapa lama
isterinya mengeluh terhadap
kemiskinan yang tiada habis- habisnya itu. Ia memaksa
suaminya agar mencari jalan
keluar. Ia membayangkan
alangkah senangnya hidup
jika segala-galanya serba
cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke
ibu kota, mahu mencari
pekerjaan. Di tengah
perjalanan is melihat sebatang
pohon besar yang tengah
dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-
orang itu sedang memuja-
muja pohon yang konon
keramat dan sakti itu. Banyak
juga kaum wanita dan
pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami
mereka setia atau dagangnya
laris.


"Ini syirik," fikir lelaki yang
alim tadi. "Ini harus dibanteras
habis. Masyarakat tidak boleh
dibiarkan menyembah serta
meminta selain Allah s.w.t. ." Maka pulanglah dia terburu.
Isterinya hairan, mengapa
secepat itu suaminya kembali.
Lebih hairan lagi waktu
dilihatnya si suami mengambil
sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi
bergegas keluar. Isterinya
bertanya tetapi ia tidak
menjawab. Segera dinaiki
keldainya dan dipacu cepat-
cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu
berdiri, tiba-tiba melompat
sesusuk tubuh tinggi besar
dan hitam. Dia adalah iblis
laknatullah yang menyerupai
sebagai manusia.


"Hai, mahu ke mana kamu?"
tanya si iblis
laknatullah. Orang alim
tersebut menjawab, "Saya
mahu menuju ke pohon yang
disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t. . Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik
itu." "Kamu tidak ada apa-apa
hubungan dengan pohon itu.
Yang penting kamu tidak
ikut-ikutan syirik seperti
mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh,
kemungkaran mesti
dibanteras," jawab si alim
bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!"
bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya
teruskan!"
Kerana masing-masing tegas
pada pendirian, akhirnya
terjadilah perkelahian antara
orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat
perbezaan badannya,
seharusnya orang alim itu
dengan mudah boleh
dibinasakan. Namun ternyata
iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun.
Kemudian dengan berdiri
menahan kesakita dia
berkata, "Tuan, maafkanlah
kekasaran saya. Saya tak
akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah.
Saya berjanji, setiap pagi,
apabila Tuan selesai
menunaikan sembahyang
Subuh, di bawah tikar
sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat
dinar. Pulang saja berburu,
jangan teruskan niat Tuan itu
dulu,"


Mendengar janji iblis
laknatullah dengan wang
emas empat dinar itu,
lunturlah kekerasan tekad si
alim tadi. Ia teringatkan
isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat
akan saban hari rungutan
isterinya. Setiap pagi empat
dinar, dalam sebulan sahaja dia
sudah boleh menjadi orang
kaya. Mengingatkan desakan- desakan isterinya itu maka
pulanglah dia. Patah niatnya
semula hendak membanteras
kemungkaran.
Demikianlah, semejak pagi itu
isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si
alim selesai sembahyang,
dibukanya tikar
sembahyangnya. Betul di situ
tergolek empat benda
berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang,
isterinya gembira. Begitu juga
hari yang kedua. Empat dinar
emas. Ketika pada hari yang
ketiga, matahari mulai terbit
dan dia membuka tikar sembahyang, masih
didapatinya wang itu. Tapi
pada hari keempat dia mulai
kecewa. Di bawah tikar
sembahyangnya tidak ada
apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya
mulai marah kerana wang
yang kelmarin sudah
dihabiskan sama sekali.


Si alim dengan lesu menjawab,
"Jangan khuatir, esok
barangkali kita bakal dapat
lapan dinar
sekaligus." Keesokkan
harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-
pagi. Selesai sembahyang
dibuka tikar sejadahnya
kosong. "Kurang ajar. Penipu,"
teriak si isteri. "Ambil kapak,
tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku.
Akan aku habiskan pohon itu
semuanya hingga ke ranting
dan daun-daunnya," sahut si
alim itu. Maka segera ia
mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang
tajam dia memacu keldainya
menuju ke arah pohon yang
syirik itu. Di tengah jalan iblis
laknatullah yang berbadan
tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya
menyorot tajam, "Mahu ke
mana kamu?" herdiknya
menggegar.


"Mahu menebang pohon,"
jawab si alim dengan gagah
berani. "Berhenti, jangan
lanjutkan." larang si iblis
laknatullah "Bagaimanapun
juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab
lelaki itu.
Maka terjadilah kembali
perkelahian yang hebat.
Tetapi kali ini bukan iblis
laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam
kesakitan, si alim tadi
bertanya penuh hairan,
"Dengan kekuatan apa engkau
dapat mengalahkan saya,
padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis
laknatullah itu dengan angkuh
menjawab, "Tentu sahaja
engkau dahulu boleh menang,
kerana waktu itu engkau
keluar rumah untuk Allah , demi Allah . Andaikata kukumpulkan seluruh
belantaraku menyerangmu
sekalipun, aku takkan mampu
mengalahkanmu. Sekarang
kamu keluar dari rumah
hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu.
Maka biarpun kau keluarkan
seluruh kebolehanmu, tidak
mungkin kamu mampun
menjatuhkan aku. Pulang saja.
Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."


Mendengar penjelasan iblis
laknatullah ini si alim tadi
termangu-mangu. Ia merasa
bersalah, dan niatnya memang
sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang
ke rumahnya. Dibatalkan niat
semula untuk menebang
pohon itu. Ia sedar bahawa
perjuangannya yang sekarang
adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t. , dan ia sedar perjuangan yang
semacam itu tidak akan
menghasilkan apa-apa selain
dari kesiaan yang berlanjutan.
Sebab tujuannya adalah
kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan
agama untuk kepentingan
hawa nafsu semata-mata ?


"Barangsiapa di antaramu
melihat sesuatu
kemungkaran, hendaklah
(berusaha)
memperbaikinya dengan
tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin
hendaklah berusaha
memperbaikinya dengan
lidahnya (nasihat), bila
tidak mungkin pula,
hendaklah mengingkari dengan hatinya
(tinggalkan). Itulah
selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

0 Komentar: